SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG BEEZA HOMESTAY TAMAN DELIMA, SUNGAI PETANI, KEDAH. HANYA DENGAN BAJET EKONOMI DAN HARGA YANG CUKUP ISTIMEWA (RM150 SATU MALAM),KAMI MENJANJIKAN KEPUASAN DAN KESELESAAN KEPADA SEMUA TETAMU.:)

Terma & Syarat

Terma dan syarat menginap di Homestay BEEZA
 1. Homestay  BEEZA  dikhaskan untuk tetamu beragama ISLAM sahaja bagi menjaga sensiviti penghuni/penyewa.
2. Sebarang perbuatan yang menyalahi dan bertentangan dengan hukum ISLAM serta kegiatan yang menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah  dilarang sama sekali.
3. Percampuran jantina lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah DILARANG sama sekaliSila maklum bahawa pasangan atau berkumpulan yang bercampur lelaki dan perempuan yang tidak ada hubungan keluarga atau mahram tidak dibenarkan sama sekali. Jika berkumpulan mestilah sama gender samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja.
4. Perbuatan bising dan kegiatan yang mengganggu kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali. Mohon kerjasama para penyewa untuk menghormati kawasan kejiranan.
5. Bayaran deposit RM50 (bagi setiap hari yang ditempah) hendaklah dijelaskan dalam masa 2  hari dari  tarikh tempahan dibuat.  Bayaran deposit tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan.
6. Baki bagi bayaran keseluruhan kos penginapan hendaklah dijelaskan sewaktu penyerahan kunci rumah / homestay ketika daftar masuk.
7. Masa daftar masuk adalah pada jam 2.00 petang dan keluar 12.00 Tengahari.
8. Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah keutamaan kami.  Oleh itu penghuni dinasihatkan:
a. Tidak membawa terlalu banyak barangan berharga bersama.
b. Memastikan semua pintu, tingkap dan pagar ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur  waktu siang dan malam.
c. Semua suis elektrik dipadam selepas digunakan. Adalah amat digalakkan supaya menutup suis Air-Cond, kipas, lampu dan peralatan elektrik yang lain apabila keluar meninggalkan rumah.
d. Jumlah penghuni yang menginap di homestay (penyewa dan tetamu mereka) mestilah tidak melebihi 10 orang.
8. Perabot dan kelengkapan yang berada di dalam Homestay BEEZA  ini diminta jangan dialihkan. Segala keselamatan kelengkapan di dalam homestay ini adalah menjadi tanggungjawab penghuni.
9. Tetamu diminta untuk menghormati hak dan kelengkapan pihak homestay.
10. Sekiranya penghuni gagal mematuhi peraturan dan syarat yang diberikan,  pihak kami berhak mengarahkan supaya premis ini dikosongkan dengan serta merta.
10. Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam rumah.


PIHAK HOMESTAY BEEZA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA DAN PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING KERANA KELALAIAN MEREKA ATAU KEADAAN DI LUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan